Subhanallah..
Salah satu yang menakjubkan dari Al Qur'an ialah tidak adanya penggambaran
perempuan secara fisikal. Tidak satu ayatpun yang melukiskan
"keindahan" perempuan secara jasmaniah. Perempuan cantik tidak
menjadi tokoh dalam Al Qur'an. Bila melukiskan hubungan jasmaniah-dalam
hubungannya dengan pelaksanaan syari'at-antara perempuan dengan laki-laki. Al
Qur'an menggunakan kata-kata halus seperti "bersentuh dengan
perempuan" (QS 4:43), "bercampur dengan perempuan kamu" (QS
2:187), atau "datangilah ladang kamu sekehendak kamu" (QS 2:233).
Kata an nisaa-yang disebut 57 kali dalam Al Qur'an-paling sering disebut dalam
hubungannya dengan ketentuan hukum-hukum pernikahan, hukum waris, hukum yang
menyangkut hubungan suami istri, hak perempuan untuk memperoleh hasil kerjanya,
hukum ibadah, etika berbusana, etika pergaulan diantara perempuan dan antara
laki-laki dan perempuan.
Al Qur'an sering menambahkan kata ganti generatif pada nisaa, seperti nisaa
akum, nisaa ana, nisaa ahum, nisaa ahunna, untuk menegaskan perempuan sebagai
anggota komunitas yang lebih luas. Perempuan, misalnya, diikutsertakan dalam
proses pembuktian kebenaran (mubahalah), dilibatkan dalam proses hukum ketika
praduga pelanggaran moral, dan sering tersabit ketika terjadi proses penindasan
masyarakat.
Kaum feminis bilang susah jadi
wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini :
- Wanita auratnya lebih susah
dijaga berbanding lelaki.
- Wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Wanita saksinya kurang
berbanding lelaki.
- Wanita menerima pusaka kurang
dari lelaki.
- Wanita perlu menghadapi
kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wanita wajib taat kpd suaminya
tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
- talak terletak di tgn suami dan
bukan isteri.
- Wanita kurang dlm beribadat
karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
makanya mereka nggak capek-capeknya
berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM"
Pernahkah kita lihat sebaliknya
(kenyataannya)??
Benda yg mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar terserak bukan?
Itulah bandingannya dgn seorg
wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk
isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika
karena melahirkan adalah syahid.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja :
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org
pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ... demikian sayangnya
ALLAH pada wanita .... kan?
- See more at:
http://www.dudung.net/artikel-islami/istimewanya-wanita-islam.html#sthash.AKobXDjH.dpuf
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta
pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana
kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.